Faisal Halim teruja jalani fisioterapi untuk kembali beraksi

Faisal Halim
Faisal Halim
A
A
A

PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim sangat teruja untuk menjalani rawatan fisioterapi agar dapat segera kembali beraksi seperti sediakala.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, keadaan kesihatan pemain Harimau Malaya itu semakin baik selepas menjalani pembedahan ketiga dan sangat positif tentang keadaan dirinya.

“Beliau kelihatan cergas dan teruja tentang fisioterapi kerana ingin kembali beraksi,” katanya kepada pemberita pada Program ALAM Be-Leaf Mangrove Tree Planting di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Hannah berkata, Institut Sukan Negara (ISN) kini bekerjasama dengan doktor yang merawat Faisal bagi memastikan perkembangan kesihatan selepas pembedahan anak jati Pulau Pinang itu berada pada landasan yang betul.

“Kita kena rujuk dengan doktor (kadar kesembuhan) dan doktor agak yakin Faisal sangat positif tentang diri sendiri. Ada atlet yang mungkin sedih dan merasakan tidak dapat melakukannya lagi, tetapi Faisal berbeza," katanya.

Pada 5 Mei lepas, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya kira-kira 5 petang. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

@sinarharianonline

Faisal Halim teruja jalani fisioterapi untuk kembali beraksi #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Sukan #BolaSepak #FaisalHalim #Fisioterapi #Rawatan #SelangorFC #HarimauMalaya #Atlet

nhạc nền - Vô Tâm - votam.3010