[VIDEO] Yakin kempen PRK KKB ikut undang-undang - Sock Tao

A
A
A

HULU SELANGOR - Pang Sock Tao yakin kempen dijalankan Pakatan Harapan (PH) sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu mengikut undang-undang.

Bagaimanapun, Sock Tao berkata, pembangkang berhak mengemukakan petisyen pilihan raya jika terdapat bukti terhadap dakwaan tersebut.

"Pembangkang atau sebarang parti ada hak untuk memfailkan petisyen tapi saya yakin kempen 14 hari yang dijalankan mengikut peruntukan undang-undang dan berhemah," katanya semasa program edaran bunga hari pertama sebagai ADUN Kuala Kubu Baharu di Pekan Rasa pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan petisyen pilihan raya sekiranya PH menang PRK Kuala Kubu Baharu

Sock Tao
Sock Tao

Ia susulan dakwaan kerajaan telah melakukan salah guna kuasa dan jentera sebelum dan semasa kempen PRK berlangsung.

Pada Sabtu, Sock Tao dari PH yang mewakili Kerajaan Perpaduan diumumkan pemenang menewaskan tiga pencabar lain iaitu Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainuddin (PN) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Sock Tao memperoleh sebanyak 14,000 undi dengan majoriti 3,869.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari turut menyatakan keyakinan PH telah menjalankan kempen mengikut peraturan ditetapkan.

Amirudin beranggapan, PN seolah sudah mengaku kalah awal apabila mengumumkan akan mengemukakan petisyen pilihan raya tiga hari sebelum berlangsung PRK Kuala Kubu Baharu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!