Ingatkan Raja Azura yang kahwin, rupa-rupanya...

Tangkap layar hantaran di TikTok Syed Saif Alsagoff pada Sabtu.
Tangkap layar hantaran di TikTok Syed Saif Alsagoff pada Sabtu.
A
A
A

KECOH di media sosial apabila pengacara dan pelakon, Raja Azura memuat naik hantaran memaparkan beliau sedang berjalan menuju ke pelamin bersama pembawa dulang ketika berada di sebuah majlis perkahwinan.

Video berdurasi 19 saat itu menerima lebih 800,000 jumlah tontonan dan rata-rata netizen serta rakan artis turut meninggalkan ucapan tahniah di ruangan komen.

"Alhamdullilah, syukur ke hadrat llahi dengan limpah kurnia-Nya. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah.

"Kepada yang selalu mendoakan. Daripada sendirian, kini telah berdua. Terima kasih," katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Jumaat.

Bagaimanapun ada beberapa pihak yang mempersoal dan tidak mempercayai bahawa Kak Engku sudah berkahwin semula selepas 17 tahun hidup bersendirian.

Namun semuanya sudah terjawab apabila individu yang dikenali sebagai Syed Saif Alsagoff memuat naik video dan menjelaskan ia bukan majlis Raja Azura tetapi orang lain.

Turut kelihatan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan itu.
Turut kelihatan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan itu.

Menerusi hantaran di TikTok, Syed Saif Alsagoff memaklumkan bahawa resepsi berkenaan adalah majlis pernikahan sepupunya.

Artikel Berkaitan:

"Tahniah sepupu, semoga ALLAH merahmati anda berdua," ujarnya ringkas.

Berdasarkan sumber, Syed Saif merupakan sepupu kepada pengantin lelaki yang juga mempunyai pertalian keluarga dengan Raja Azura.

Pada masa sama turut kelihatan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan situasi berkenaan kerana ia dikatakan telah memberi kejutan dalam cerita mengenai kejadian tersebut.

Menurut pengguna @puteri_marzia, sudah pasti keadaan itu menghiburkan artis berkenaan kerana hampir seluruh rakyat Malaysia tampil mengucapkan tahniah.

"Kak Engku tengah ketawa terbahak-bahak tu (itu), satu Malaysia punya ucap. Tahniah, selamat pengantin baru buat pasangan ini," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!