Operasi SAR empat pelajar dikhuatiri lemas diteruskan

Usaha mencari empat pelajar dikhuatiri lemas diteruskan.
Usaha mencari empat pelajar dikhuatiri lemas diteruskan.
A
A
A

DUNGUN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat pelajar Politeknik Sultan Zainal Abidin (PSZA) yang dikhuatiri lemas ketika mandi manda di pantai Teluk Bidara semalam diteruskan pagi ini.

Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan 2 Azman Alias berkata, pencarian hari ini dimulakan jam 7 pagi.

Menurutnya, radius pencarian empat mangsa yang masing-masing berusia 21 tahun itu turut diperluaskan.

"Setakat ini pencarian dilakukan di kawasan pesisir pantai pada jarak 2.5 kilometer (km).

"Selain itu, pencarian di perluaskan sekitar 1 batu nautika dari pantai iaitu 10km dari pesisir pantai," katanya.

Operasi mencari empat pelajar dikhuatiri lemas diteruskan pihak berkuasa.
Operasi mencari empat pelajar dikhuatiri lemas diteruskan pihak berkuasa.

Terdahulu, empat pelajar PSZA yang berusia 21 tahun dikhuatiri lemas ketika sedang mandi manda di pantai itu petang semalam.

Mangsa, Muhammad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin, Muhammad Zul Fahmi Zuki, Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan dan Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee dikatakan sedang mandi manda bersama dua lagi rakan di pantai itu.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Empat pelajar Politeknik Dungun dikhuatiri lemas