Michael Ang sokong cadangan 13 Mei Hari #MalaysiaHarmoni

Michael Ang
Michael Ang
A
A
A

SHAH ALAM - Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyokong cadangan menjadikan tarikh 13 Mei 2020 sebagai Hari Merayakan #Malaysia Harmoni menerusi kempen Uninstall Kebencian: Reboot Malaysia Harmoni.

Beliau ketika dihubungi Sinar Harian berkata, saranan itu boleh menjadi simbolik baharu kepada tarikh itu jika ia dapat dilaksanakan dengan baik.

"Dengan merayakan #MalaysiaHarmoni pada tarikh tersebut, ia mungkin mampu mengubah sejarah hitam 13 Mei kepada satu sejarah yang lebih positif untuk seluruh rakyat Malaysia.

"Saya pasti semua rakyat yang cintakan keamanan pasti akan menyokong cadangan ini," katanya.

Terdahulu, Penerbit Sinar harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub menyeru rakyat Malaysia menanamkan jiwa Rukun Negara menerusi kempen digerakkan, selain menyarankan tarikh 13 Mei 2020 dijadikan sebagai Hari Merayakan #MalaysiaHarmoni.

ARTIKEL BERKAITAN: Erat hubungan semakin rapuh

Elak syak wasangka antara kaum, kata penganalisis

Dalam pada itu, Michael turut melahirkan rasa bimbang jika cadangan murni itu dimanipulasi pihak-pihak tertentu.

Artikel Berkaitan:

"Saya takut ada pihak tertentu yang akan memainkan sentimen tentang sejarah hitam di sebalik tarikh tersebut sedangkan cadangan dibuat adalah cadangan positif dalam usaha mengharmonikan kembali hubungan kaum dalam negara," katanya.

Dalam perkembangan sama, Michael turut berharap kempen dijalankan akan terus mendapat sokongan dari seluruh rakyat Malaysia.

"Apa yang penting, biarlah kempen ini didukung oleh masyarakat dan tidak ada unsur-unsur politik. Saya benar-benar rindukan Malaysia 20 tahun dulu yang aman serta tiada curiga antara kaum. Semoga semua saat-saat itu dapat dikembalikan semula," katanya.