E-Mutiara taja KDN FC enam tahun berturut-turut

Che Ibrahim (kiri) menerima jersi KDN FC daripada Rozi (kanan) sebagai simbolik penajaan bas kepada pasukan tersebut.
Che Ibrahim (kiri) menerima jersi KDN FC daripada Rozi (kanan) sebagai simbolik penajaan bas kepada pasukan tersebut.
A
A
A

KELANTAN Darul Naim (KDN) FC dengan rasminya pada Isnin memeterai perjanjian kerjasama rakan strategik bersama Konsortium E-Mutiara Berhad untuk kali keenam berturut-turut.

E-Mutiara bukan nama asing dalam arena sukan tempatan kerana pernah menaja beberapa kelab Liga Malaysia seperti PDRM FC, Sri Pahang FC, Selangor FC, Kelantan FA, Kelantan FC serta Kelantan United FC.

Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad, Che Ibrahim Che Ismail berkata, kerjasama yang terjalin ini bukan semata-mata menjangkau kepentingan perniagaan tetapi satu sokongan padu pihaknya bagi kemajuan sukan bola sepak di negara ini khususnya di Kelantan, lebih-lebih lagi pada waktu sukar ini.

"Dengan KDN FC, kita dah bersama sejak 2019. Melihat kepada perkembangan terkini kelab dan pasukan, saya percaya skuad Sang Kijang Emas mampu melonjakkan semula nama Kelantan ke persada yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

"Kerjasama ini bukan tentang perniagaan tetapi sokongan padu kami di E-Mutiara kepada satu-satunya pasukan yang bersaing di liga utama Malaysia.

"Tiada yang kami pinta, mesti main untuk menang," tambahnya.

Sementara itu, Presiden KDN FC, Rozi Muhamad merakamkan ucapan terima kasih kepada Konsortium E-Mutiara Berhad kerana kekal sebagai penaja utama yang sentiasa komited untuk melihat sebuah kelab dari negeri Cik Siti Wan Kembang terus maju di saingan tahap tinggi di Malaysia.

"Kami sangat berterima kasih kepada Konsortium E-Mutiara Berhad kerana terus percaya kepada Kelantan Darul Naim FC.

Artikel Berkaitan:

"Keyakinan mereka kepada jenama baru kelab sangat membanggakan saya dan semua pihak di dalam pasukan. Saya harap kerjasama ini akan berterusan selagi mana kami terus bersaing dalam saingan Liga Malaysia," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!