Dua penjawat awam direman bantu siasatan rasuah

No Image Caption
A
A
A

LABUAN - [DIKEMAS KINI] Dua penjawat awam sebuah agensi penguatkuasaan direman empat hari bagi membantu siasatan berkaitan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM4,800 dan RM15,000.

Kedua-dua lelaki berusia 39 dan 44 tahun yang dipercayai menerima rasuah supaya tidak memeriksa trak membawa muatan barang basah itu ditahan pada 6.30 petang semalam selepas merekodkan keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan.

Berdasarkan siasatan awal, perbuatan berkenaan disyaki dilakukan antara 2021 dan 2022.

Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad membenarkan perintah reman bermula hari ini hingga 12 Mei selepas menerima permohonan daripada pihak SPRM.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: