[VIDEO] 'Video kaitkan calon PN, pelakon porno hanya tohmahan' - Muhyiddin

A
A
A

HULU SELANGOR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan penyebaran video pendek mengaitkan Khairul Azhari Saut dan pelakon porno di media sosial sebagai serangan politik.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, perkara itu adalah tohmahan terutama ketika tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu kini berbaki kurang 48 jam.

Malah beliau menegaskan, penyebaran video itu tidak akan menjejaskan sokongan pengundi terhadap Khairul Azhari serta perjalanan kempen saat akhir.

"Dalam tempoh ini, macam-macam orang boleh buat. Kita tidak mudah terpedaya hanya kerana orang cerita begitu dan sebagainya.

"Orang mahu buat fitnah, benda tak ada, diada-adakan. Saya tidak fikir pengundi harus terjebak dengan hal sebegitu dan mereka fikir secara matang.

Muhyiddin ketika berucap pada program ramah mesra kaum India di Batang Kali pada Khamis.
Muhyiddin ketika berucap pada program ramah mesra kaum India di Batang Kali pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Muhyiddin menerima kalungan bunga daripada penyokong ketika program ramah mesra kaum India di Batang Kali pada Khamis
Muhyiddin menerima kalungan bunga daripada penyokong ketika program ramah mesra kaum India di Batang Kali pada Khamis

"Sudah hampir dua minggu kempen berjalan, segala maklumat (sudah disampaikan) dan kita pun sudah minta calon memperkenalkan diri. Rekodnya baik dan tidak ada isu yang disebutkan," katanya ketika ditemui selepas program ramah mesra kaum India di Batang Kali, pada Khamis.

Terdahulu tular sebuah video pendek berdurasi 72 saat yang memuat naik tangkap layar laman sosial peribadi pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor itu yang dilihat mengikuti akaun dipercayai seorang pelakon porno.

Dalam pada itu menurut Muhyiddin, fitnah yang sengaja ditimbulkan itu dibuat ekoran pihak lawan rasa tergugat dengan sokongan orang ramai terhadap Khairul Azhari.

"Saya fikir tohmahan dan fitnah (dilakukan) sebab mereka rasa tergugat dengan keadaan rasa sukar untuk menang kerana calon kita adalah calon yang terbaik," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!