Bukti Mahkamah Syariah diiktiraf - Amanah Wilayah Persekutuan

Parti Amanah Negara (Amanah) Wilayah Persekutuan menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengiktiraf peranan Mahkamah Syariah dalam mengendalikan kes pengisytiharan keluar Islam yang difailkan oleh seorang wanita baru-baru ini. (Gambar kecil: Ahmad Zamri)
Parti Amanah Negara (Amanah) Wilayah Persekutuan menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengiktiraf peranan Mahkamah Syariah dalam mengendalikan kes pengisytiharan keluar Islam yang difailkan oleh seorang wanita baru-baru ini. (Gambar kecil: Ahmad Zamri)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) Wilayah Persekutuan menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengiktiraf peranan Mahkamah Syariah dalam mengendalikan kes pengisytiharan keluar Islam yang difailkan oleh seorang wanita baru-baru ini.

Naib Pengerusinya, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, penghormatan itu telah memperkukuh kedudukan Mahkamah Syariah serta perundangan Islam dalam sistem kehakiman negara.

Menurutnya, dalam penghakiman kes itu, Mahkamah Persekutuan dengan majoriti 2-1 mengesahkan bahawa hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk memutuskan perkara berkaitan hal ehwal agama Islam dan ia perlu dihormati serta dipatuhi oleh perayu.

Ujarnya, Hakim Mahkamah Persekutuan, Abu Bakar Jais juga mengesahkan bahawa kedudukan Mahkamah Syariah adalah setara dengan Mahkamah Sivil dan tidak lebih rendah berbanding Mahkamah Sivil.

"Ini bertepatan dengan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf pengasingan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah serta bidang kuasa eksklusif yang ada padanya. Keputusan ini turut disokong oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Abang Iskandar Abang Hashim.

"Keputusan ini secara langsung menolak pandangan sinis sesetengah pihak yang mengatakan kononnya Islam terancam dan kedudukan perundangan Islam serta Mahkamah Syariah tidak dihormati di bawah pentadbiran Kerajaan Madani," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, pandangan tersebut meleset sama sekali dan merupakan polemik kosong yang sengaja ditimbulkan pihak pembangkang secara berterusan.

Malah katanya, kerajaan sedang dalam usaha mengadakan libat urus dengan pelbagai pihak yang berkepentingan untuk meminda Akta 355 bagi mengukuhkan lagi kedudukan, pentadbiran dan bidang kuasa Mahkamah Syariah di negeri-negeri.

Artikel Berkaitan:

"Ia sesuatu yang tidak pernah disentuh pun oleh Perikatan Nasional sewaktu 33 bulan mereka menjadi kerajaan.

"Amanah WP berharap agar usaha murni Kerajaan di bawah Menteri Agama ini dapat direalisasikan secepat mungkin demi mengukuhkan lagi Mahkamah Syariah dan memartabatkan perundangan Islam di negara ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!