LBS lancar Skyria @ D’island: Alami pemandangan tasik menakjubkan

TAN SRI IR (DR) LIM HOCK SAN
TAN SRI IR (DR) LIM HOCK SAN
A
A
A

PETALING JAYA – Pemaju perumahan terkemuka pilihan rakyat, LBS Bina Group Berhad (LBS ), mengumumkan pelancaran SkyRia iaitu penambahan baru dan terkini dari D’Island Residence. Projek yang terletak di perbandaran ala kepulauan seluas 175 ekar di Puchong, SkyRia memberikan definisi baharu bagi kehidupan bandar.

Dengan dua blok yang dibangunkan masing-masing sebanyak 608 dan 391 unit, SkyRia dijangka menjana Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM457 juta.

Dengan harga permulaan yang amat menarik, SkyRia menawarkan reka bentuk bersesuaian untuk keluarga kecil dan mereka yang baharu membina keluarga, di mana Jenis A (600 kaki persegi) ditawarkan daripada RM250,000, Jenis B (850 kaki persegi), bermula daripada RM478,000 dan Jenis C (900 kaki persegi) yang ditawarkan bermula daripada RM507,000.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir (Dr) Lim Hock San berkata, berdasarkan kejayaan D’Island yang menawarkan kediaman berkualiti dengan harga menarik, lokasi dan dikelilingi dengan pelbagai kemudahan yang tersedia bagi perkembangan masa hadapan, SkyRia akan mentakrifkan semula konsep rumah permulaan yang sempurna dan direka dengan teliti selaras dengan matlamat perumahan negara.

“SkyRia mengekalkan komitmen D’Island untuk menyediakan kehidupan berkualiti dengan menawarkan lebih daripada 28 kemudahan yang mengagumkan, membolehkan penduduk menikmati gaya hidup aktif selepas seharian bekerja.

Dengan yuran tempahan sebanyak RM500, SkyRia mampu menjadi milik anda,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Menyedari bahawa kebolehcapaian adalah elemen yang sangat penting, SkyRia menawarkan kemudahan akses lebuh raya utama seperti Elite, SKVE, LDP, KESAS dan MEX, dalam memastikan ketersambungan yang lancar untuk penduduk. Sama ada pusat membeli-belah, kemudahan perubatan atau institusi pendidikan, kesemuanya berada dalam lingkungan SkyRia:

Lokasi Beli-Belah:

Lotus’s Bukit Puchong (4 km), Aeon Big Puchong Utama (5 km), Jaya Grocer, IOI Rio City (10 km), IOI Mall (13 km), Sunway Pyramid (17 km), Pavilion Bukit Jalil (18 km).

Kemudahan Perubatan:

Hospital Cyberjaya (9 km), KPMC Puchong (9 km), Hospital Columbia Asia (10 km), Sunway Medical Centre (15 km), Hospital Putrajaya (15 km).

Institusi Pendidikan:

SJK (C) Sin Ming (3 km), SK Puchong Utama 1 & 2 (5 km), Binary University College (11 km), Limkokwing University (13 km), Sunway University (16 km), Taylor’s University Lakeside Campus (16 km).

SkyRia di D’Island, Puchong merupakan salah satu projek yang turut termasuk dalam kempen Emas Bling Bling, yang menawarkan peluang eksklusif bagi pembeli untuk memenangi Jongkong Emas 999.9.

Kempen bermula dari 1hb April hingga 31hb Mei 2024. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan tawarannya, layari www.campaign.lbs.com.my.

Sila layari https://d-island.com.my/skyria atau hubungi 1700 81 8998 untuk maklumat lanjut mengenai SkyRia.