Tuah Fiorentina mara ke final buat kali kedua

Para pemain Fiorentina meraikan kejayaan mara ke final Liga Konferens Europa setelah menewaskan Brugge 4-3 secara agregat awal pagi Khamis. Foto EPA
Para pemain Fiorentina meraikan kejayaan mara ke final Liga Konferens Europa setelah menewaskan Brugge 4-3 secara agregat awal pagi Khamis. Foto EPA
A
A
A

TUAH jaringan lewat permainan membawa kelab Itali, Fiorentina mara buat kali kedua berturut-turut ke perlawanan akhir Liga Konferens Europa setelah menang dengan agregat 4-3 ke atas wakil Belgium, Club Brugge awal pagi Khamis.

Lucas Beltran muncul wira Fiorentina selepas sepakan penaltinya, gagal diselamatkan penjaga gol, Simon Mignolet pada minit ke-85 untuk mengikat keputusan 1-1.

Dalam aksi itu tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Maxim de Cuyper pada babak pertama permainan.

Fiorentina mengekalkan kelebihan satu gol yang diraih pada separuh akhir pertama menerusi kemenangan 3-2 dan mara ke final pada 30 Mei ini di Athens.

Pengendali Fiorentina, Vincenzo Italiano menyifatkan kejayaan itu sebagai sesuatu yang menakjubkan dan ia bukan satu perjalanan yang mudah.

"Ia perjalanan yang hebat, saya sangat gembira kami ke final sekali lagi," ujar Italiano.

Kejayaan itu membolehkan Fiorentina menebus kekalahan 1-2 kepada West Ham apabila bakal menentang sama ada Aston Villa atau Olympiakos di pentas akhir.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: