[VIDEO] Adab masuk ke Raudah, jemaah perlu solat dan berdoa

A
A
A

MADINAH - Jemaah haji perlu menjaga adab sekiranya diberi peluang untuk memasuki Raudah dengan perlu mengutamakan solat sunat serta berdoa berbanding terus mengambil gambar.

Raudah merupakan satu ruang dalam Masjid Nabawi antara mimbar dan makam Nabi Muhammad SAW.
Raudah merupakan satu ruang dalam Masjid Nabawi antara mimbar dan makam Nabi Muhammad SAW.

Pengurus Ibadat Madinah, Muhammad Fakhrur Ridzwan Othman berkata, jemaah perlu dirikan solat terlebih dahulu seperti solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat taubat dan sebagainya.

Menurutnya, jemaah juga perlu berdoa sebanyak yang mungkin selama mana berada di kawasan Raudah yang merupakan tempat mustajab berdoa.

Raudah juga merupakan tempat mustajab doa.
Raudah juga merupakan tempat mustajab doa.

“Apabila sudah dapat masuk ke Raudah, apa yang mereka perlu lakukan? Kita faham keterujaan para jemaah ini, ada yang kali pertama sampai dan ada yang mengambil gambar dan sebagainya.

“Boleh untuk mengambil gambar tetapi adabnya untuk masuk ke kawasan Raudah kita perlu mendirikan solat sunat terlebih dahulu kerana kawasan ini berada di dalam Masjid Nabi SAW,” katanya kepada media.

Artikel Berkaitan:

Kementerian Haji Arab Saudi akan mengeluarkan permit khas kepada para jemaah haji untuk memasuki Raudah.
Kementerian Haji Arab Saudi akan mengeluarkan permit khas kepada para jemaah haji untuk memasuki Raudah.

Beliau berkata, jemaah haji masih boleh mengambil gambar setelah selesai mendirikan solat sunat dan berdoa, ini bagi memastikan jemaah tidak rugi mendapat peluang doa dimakbulkan.

“Cuma, saya ingin maklumkan khusus kepada jemaah haji wanita yang tidak dapat masuk ke Raudah atas keadaan uzur. Jangan bersedih hati, kita masih boleh berdoa dan mungkin ini akan menjadi asbab kebaikan untuk kita agar ALLAH lipat gandakan pahala,” katanya.

Raudah dikenali sebagai taman syurga di dunia.
Raudah dikenali sebagai taman syurga di dunia.

Berhubung permit masuk ke Raudah, Muhammad Fakhrur memberitahu, seperti tahun-tahun yang lalu, Kementerian Haji Arab Saudi akan mengeluarkan permit khas kepada para jemaah haji untuk memasuki Raudah.

“Jemaah haji tidak perlu risau, Tabung Haji akan sentiasa berusaha untuk membolehkan jemaah haji memasuki Raudah,” katanya.

Ketika ditanya apakah yang lebih afdal antara solat sunat atau doa jika berada Raudah, beliau berkata, jemaah haji boleh memasukkan doa dalam solat.

“Bila nak berdoa dalam solat? Kita boleh berdoa dalam sujud, rukuk. Cuma kalau nak doa dalam bahasa Melayu jangan lafaz nanti batal solat kita, cukup baca dalam hati,” katanya.

Selain itu katanya, terdapat juga adab ketika baru sampai ke bumi Madinah, di mana jemaah haji perlu terus menziarahi makam Rasulullah dan mengucapkan salam kepada Baginda.

Jemaah haji perlu terus menziarahi makam Rasulullah sebaik tiba di bumi Madinah.
Jemaah haji perlu terus menziarahi makam Rasulullah sebaik tiba di bumi Madinah.

“Sebab menziarahi Baginda Nabi SAW setelah wafat adalah sama seperti Baginda hidup dan terdapat malaikat yang dikhususkan oleh ALLAH untuk menyampaikan selawat dan salam kepada Nabi SAW, Nabi dengar dan membalas setiap salam tersebut.

“Dalam masa yang sama, kita perbanyakkan selawat kepada Baginda Nabi SAW sepanjang kita berada di bumi Madinah ini, mudah-mudahan apabila kita dibangkitkan di akhirat nanti kita akan bersama dengan Baginda Nabi SAW,” katanya.

Masjid Nabawi merupakan tempat wajib diziarahi jemaah haji di Madinah.
Masjid Nabawi merupakan tempat wajib diziarahi jemaah haji di Madinah.

Menurutnya, jemaah haji boleh perbanyakkan selawat ketika berada di kawasan Raudah kerana dalam selawat tersebut mempunyai zikir dan istighfar.

Raudah yang dikenali sebagai taman syurga di dunia merupakan satu ruang dalam Masjid Nabawi antara mimbar dan makam Nabi Muhammad SAW.

Selain mihrab Nabi, terdapat enam tiang penting di dalam Raudah antaranya, Tiang Sarir, Tiang Ali, Tiang Wufud (Deligasi), Tiang Aishah, Tiang Abu Lubabah (Tiang Taubat) dan Tiang Muhallaqah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!