Israel dihalang melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin - ICJ

Sebahagian penyokong pro-Palestin bersorak gembira selepas mendengar keputusan ICJ di The Hague sebentar tadi. - AFP
Sebahagian penyokong pro-Palestin bersorak gembira selepas mendengar keputusan ICJ di The Hague sebentar tadi. - AFP
A
A
A

THE HAGUE - Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memerintahkan Israel berhenti daripada melakukan tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

Malah, Israel turut diperintahkan untuk melakukan lebih banyak lagi usaha untuk membantu orang awam di Gaza.

Presiden ICJ, Joan Donoghue berkata, Israel harus mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk menghalang tenteranya daripada sebarang tindakan genosid di Gaza selain mengambil langkah untuk memperbaiki keadaan kemanusiaan.

“Walaupun ICJ tidak mengarahkan gencatan senjata, ia tidak akan membuang kes pembunuhan beramai-ramai, memutuskan bahawa rakyat Palestin kelihatan sebagai kumpulan yang dilindungi di bawah Konvensyen Genosid 1948.

“Ia tidak memutuskan merit dakwaan pembunuhan beramai-ramai,” kata Donoghue dalam keputusan yang dibacanya sebentar tadi.

Sebelum itu, majoriti panel 17 hakim ICJ bersetuju dengan sebahagian besar daripada permintaan Afrika Selatan termasuk menghentikan tindakan ketenteraan Israel di Gaza.

Pada 12 Januari lalu, Afrika Selatan membawa kes itu ke ICJ dan meminta ICJ memberikan langkah kecemasan untuk menghentikan pertempuran yang kini membunuh lebih 26,000 rakyat Palestin.

Palestin mendakwa Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai selepas pejuang Hamas membuat serangan ke Israel, membunuh 1,200 dan menculik lebih daripada 240 tebusan. - Agensi

Artikel Berkaitan: