Pokok tumbang: Pemandu e-hailing dibenar keluar hospital, warga Sweden masih dirawat

Kejadian pokok tumbang yang menyebabkan sekurang-kurangnya 17 kenderaan terkesan dihempap pokok berkenaan akibat hujan lebat dan angin kencang di Jalan Sultan Ismail pada Selasa.
Kejadian pokok tumbang yang menyebabkan sekurang-kurangnya 17 kenderaan terkesan dihempap pokok berkenaan akibat hujan lebat dan angin kencang di Jalan Sultan Ismail pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang daripada dua individu yang cedera dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini semalam, telah dibenarkan keluar dari hospital pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Naazron Abd Yusof berkata, lelaki berusia 26 tahun yang merupakan pemandu e-hailing dibenarkan keluar pada jam 6 pagi, manakala penumpangnya iaitu seorang wanita warga Sweden berumur 72 tahun masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Jumlah mangsa yang cedera dalam kejadian itu kekal dua orang," katanya menerusi kenyataan di sini pada Rabu.

Naazron berkata, setakat ini, polis menerima 18 laporan berhubung kerosakan kenderaan akibat kejadian yang dipercayai berlaku pada jam 2.19 petang semasa hujan lebat dan angin kuat.

Kejadian itu juga menyebabkan seorang pemandu peribadi Md Rizal Atan, 47, maut selain menyebabkan gangguan perkhidmatan monorel selepas dahan pokok yang berusia lebih 50 tahun itu turut menimpa landasan pengangkutan awam itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: