Penjawat awam direman bantu siasatan terima suapan

Penjawat awam (tengah) direman lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa.
Penjawat awam (tengah) direman lima hari oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Seorang penjawat awam direman selama lima hari bermula Selasa bagi membantu siasatan kes menerima suapan berjumlah RM7,500 daripada beberapa kontraktor dua tahun lalu.

Perintah reman sehingga Sabtu ini terhadap lelaki berusia 41 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Khairunnisak Hassni di Mahkamah Majistret selepas mendapat permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber, individu yang merupakan bekas pembantu operasi di sebuah pusat pengajian negeri ini disyaki menerima suapan dalam membantu mempercepatkan proses bayaran kerja-kerja yang dilakukan kontraktor penyelenggaraan sekitar tahun 2022.

Terdahulu, suspek ditahan kira-kira jam 2 petang ketika hadir di Pejabat SPRM Melaka bagi tujuan membantu siasatan yang sedang dijalankan pada Isnin lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan ke atas suspek dan memaklumkan siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Ujarnya, Seksyen ini memperuntuk hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: