[VIDEO] Malaysia tetap tidak benarkan syarikat Israel masuk - PM Anwar

A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Malaysia teguh dengan pendirian untuk tidak membenarkan dengan mana-mana syarikat berdaftar dengan Israel masuk ke negara ini.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia termasuklah dakwaan syarikat perkapalan Israel, ZIM dibenar untuk kembali berlabuh di pelabuhan.

"Tak ada (berdaftar dengan Israel)," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024- 2028 di sini pada Selasa.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan di sini pada Selasa. Foto Bernama
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan di sini pada Selasa. Foto Bernama

Ujar beliau, larangan sekatan yang dibuat kerajaan itu berbeza sewaktu pentadbiran Persekutuan yang diterajui oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Yang benarkan kapal Israel masuk itu Mahathir semasa beliau jadi PM dan beliau bagi alasan kemudian diteruskan sehingga kita, Jemaah Menteri batalkan. Itu pendirian kita," katanya.

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan sebuah kapal kargo ZIM Rotterdam yang dimiliki syarikat Israel Zim Integrated Shipping Services, berlabuh di Pelabuhan Klang pada 29 April lalu, sebelum berlepas sehari kemudian menuju ke Pelabuhan Shantou, China.

Ia berdasarkan semakan terhadap aplikasi yang pergerakan perkapalan antarabangsa, Marrine Traffic.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, terdapat dakwaan bahawa dua syarikat yang menyertai Pameran Defence and Service Asia (DSA) dan NATSEC Asia 2024 iaitu Lockheed Martin dan BAE System yang dikatakan membekalkan senjata kepada rejim Zionis iaitu Lockheed Martin dan BAE System.

Difahamkan kedua-dua syarikat berkenaan tidak berdaftar di Israel sepertimana syarikat perkapalan ZIM.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!