Insiden babitkan Faisal, Akhyar cetus kegusaran pemain - PFAM

PFAM berharap rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan buat Faisal dan Akhyar. Foto Facebook PFAM
PFAM berharap rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan buat Faisal dan Akhyar. Foto Facebook PFAM
A
A
A

INSIDEN serangan membabitkan Akhyar Rashid dan Faisal Halim mencetuskan kegusaran terhadap keselamatan pemain bola sepak profesional di negara ini.

Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) dalam satu kenyataan pada Isnin berharap individu yang tidak bertanggungjawab itu dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal.

"Insiden yang melibatkan Akhyar dan Faisal membuatkan keselamatan pemain terancam dan menimbulkan kegusaran terhadap pemain bola sepak profesional di Malaysia.

"PFAM berharap individu yang tidak bertanggungjawab ini dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal supaya kejadian sebegini tidak berlaku pada masa hadapan," katanya.

Faisal pada Ahad disimbah asid oleh individu yang tidak bertanggungjawab semasa berada di sebuah pusat membeli belah di Damansara.

Akhyar pula diserang menggunakan cota selepas pulang dari sesi latihan bersama Terengganu FC di Kuala Terengganu minggu lalu sehingga menerima beberapa jahitan di kepala dan kaki.

Justeru PFAM berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan penyembuhan buat kedua-dua pemain itu.

"PFAM menyeru rakyat Malaysia untuk mendoakan serta memberi sokongan moral yang utuh kepada kedua-dua pemain ini selain menghormati privasi keluarga mereka.

Artikel Berkaitan:

"Diharapkan mereka dapat kembali beraksi dengan lebih cemerlang di atas padang," kata PFAM.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!