Data e-Tunai Rakyat berisiko disalah guna

Kenyataan mengenai dakwaan bahawa e-Tunai berisiko disalah guna yang dimuat naik Mohd Khairuddin di laman sosial Facebooknya hari ini.
Kenyataan mengenai dakwaan bahawa e-Tunai berisiko disalah guna yang dimuat naik Mohd Khairuddin di laman sosial Facebooknya hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa data pengguna yang mengaplikasikan inisiatif e-Tunai Rakyat bernilai RM30 dalam dompet digital atau e-wallet yang boleh ditebus bermula 15 Januari lalu berisiko untuk disalah guna.

Menurutnya, rakyat berhak membantah kerana mekanisme yang digunakan itu dilihat tidak selamat.

"Ada sesuatu yang cuba disembunyikan daripada projek e-Tunai. Rakyat berhak membantah. Data peribadi mereka tidak selamat.

"Hanya dengan tawaran RM30, data peribadi rakyat Malaysia terkumpul dengan mudah di tangan pihak tertentu. Ia boleh sahaja disalahgunakan," katanya menerusi kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: RM18.8 juta e-Tunai Rakyat dibelanjakan

Pengguna kecewa gagal tebus e-Tunai Rakyat

Selain itu katanya, jaminan bahawa inisiatif itu selamat oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng juga meragukan.

"Jaminan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sudah banyak berbohong apatah lagi oleh menterinya sendiri (Guan Eng) adalah amat meragukan," katanya.

Artikel Berkaitan:

"Ada sesuatu yang cuba disembunyikan daripada projek e-Tunai. Rakyat berhak membantah. Data peribadi mereka tidak selamat."

Terdahulu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, data diperoleh daripada inisiatif e-Tunai Rakyat tidak akan disalahgunakan untuk kegunaan komersial.

Katanya, maklumat yang dikumpul adalah untuk kerajaan dan ia tidak akan dikongsikan dengan syarikat-syarikat lain.

Skim e-Tunai Rakyat digerakkan dengan pembabitan tiga syarikat pembayar iaitu Axiata Digital Sdn Bhd yang mengendalikan aplikasi Boost, Touch 'N Go Sdn Bhd (Touch 'n Go) dan Grab Holdings Ltd (GrabPay).