PM gesa warga JIM perkuat, baiki kelemahan pasukan

Anwar semasa berucap semasa Majlis Penerapan Nilai Murni dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Madani JIM, Putrajaya pada Isnin. - FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID
Anwar semasa berucap semasa Majlis Penerapan Nilai Murni dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Madani JIM, Putrajaya pada Isnin. - FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa seluruh warga Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk hentikan amalan tidak wajar bagi memperkuatkan sebagai satu pasukan yang mantap.

Menurutnya, apa yang diketahui, JIM sedang berusaha mengambil langkah dalam memperbaiki kelemahan yang ada.

"Jabatan Imigresen merupakan jabatan istimewa yang beliau sentiasa mengambil berat dan memberikan tumpuan oleh Kerajaan Madani.

"Amalan lama yang serba sedikit menjejaskan ketirisan dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab oleh warga JIM sebelum ini perlu dielakkan dan tidak harus dibiarkan menguasai jabatan yang boleh menyebabkan ketinggalan alam arus pembaharuan kerajaan Madani.

"Kita berada dalam satu keluarga ke arah satu pembaharuan, marilah kita kerja secara bersama untuk menghentikan amalan-amalan yang tidak sesuai (jejas usaha pembaharuan) kepada kerajaan Madani," katanya semasa berucap semasa Majlis Penerapan Nilai Murni dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Madani JIM di sini pada Isnin.

Turut hadir Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Anwar ketika hadir di Majlis Penerapan Nilai Murni dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Madani JIM, Putrajaya pada Isnin. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID
Anwar ketika hadir di Majlis Penerapan Nilai Murni dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Madani JIM, Putrajaya pada Isnin. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD HALIM ABDUL WAHID

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, kerajaan mendukung harapan menggunung membawa pembaharuan, 'reformasi Madani yang harus mengajar anjakan dan kembali kepada fitrah serta insaniah bagi memberi kesempatan melatih diri, nilai akhlak dan amalkannya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Anwar juga mengakui bahawa pernah wujud amalan yang menyebabkan imej JIM tercalar disebabkan sekelompok kecil.

"Dalam imigresen perlu mantap sebagai satu pasukan dengan niat ikhlas bawa perubahan dan hentikan amalan tidak wajar serta sesuai dengan konsep kerajaan Madani.

"Bercakap soal reformasi, tapi datang ke KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) tunggu dua jam, jadi saya ambil cabaran, harap betul-betul apakah benar ada kelompok kecil sebabkan imej tercalar, apakah ada rasuah segelintir, ya," ujarnya.

Bagaimanapun Anwar menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab bersama menjaga amanah.

"Saya nak beritahu bahawa kita cuba bersihkan dan selamatkan negara kita dan harap sekelompok kecil itu jangan yang tersinggung nanti dengan pembaharuan Madani.

"Jika menjalankan tanggungjawab dengan baik maka tidak harus terguris hati dan betulkan kesilapan itu yang disebabkan oleh segolongan kecil sehingga tercalar imej dan saya yakin JIM sedang usahakan yang terbaik," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!