Kes Faisal Halim: Kereta orang awam turut terkena simbahan asid

Farra menunjukkan bahagian sisi kenderaannya yang terkena simbahan asid.
Farra menunjukkan bahagian sisi kenderaannya yang terkena simbahan asid.
A
A
A

SHAH ALAM - Insiden simbahan asid membabitkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pusat membeli belah dekat Kota Damansara, Petaling Jaya pada Ahad turut menimpa kenderaan orang awam.

Berdasarkan perkongsian di X, seorang wanita iaitu Farra Nathasha Hidzir memberitahu, kenderaannya terkena simbahan bahan berbahaya itu.

Bagaimanapun, dia memaklumkan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan.

“Tak pasal-pasal kereta saya pun kena asid sebab ada sebelah kereta Faisal Halim. Alhamdulillah, kami tak cedera. Takziah kepada Faisal, semoga cepat sembuh,” katanya.

Difahamkan, dalam kejadian pada Ahad, pemain Selangor FC itu dihampiri dua individu bermotosikal sebelum bertindak menyimbah asid kepadanya.

Faisal kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan dilaporkan mengalami kecederaan di badan serta tangan.

Susulan itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seorang lelaki diberkas di Pandan Indah, Ampang pada Ahad untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, lelaki berusia lingkungan 20-an itu telah direman dua hari sehingga Selasa dan polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!