Richiamo Mart buka cawangan pertama di Plaza Bangi Perdana

Dari kanan Wan Najib dan Muhamad Zamry mengiringi Amizan ketika menandatangani plak pembukaan Richiamo Mart di Plaza Bangi Perdana pada Ahad
Dari kanan Wan Najib dan Muhamad Zamry mengiringi Amizan ketika menandatangani plak pembukaan Richiamo Mart di Plaza Bangi Perdana pada Ahad
A
A
A

RICHIAMO Mart Sdn Bhd mengumumkan pembukaan cawangan pertamanya di Plaza Bangi Perdana pada Ahad dengan sasaran 15 cawangan secara keseluruhan sehingga hujung tahun ini.

Pengarah Urusan Richiamo Mart Sdn Bhd, Wan Najib Wan Daud berkata, Richiamo Mart akan membuka cawangan kedua dan ketiga mereka tidak lama lagi iaitu di Petron Cheng di Melaka dan Seremban Oasis di Negeri Sembilan.

Sementara bagi cawangan keempat, Richiamo Mart Sdn Bhd akan melebarkan sayapnya ke Taman Dato Onn, Johor Bahru manakala cawangan kelima di Caltex Lebuhraya Sultanah Bahiyah di Alor Setar Kedah.

Wan Najib
Wan Najib

Wan Najib berkata, pembukaan Richiamo Mart adalah untuk memberi pilihan kepada pelanggan selain menyediakan platform kepada usahawan tempatan memasarkan produk masing-masing di cawangan Richiamo Mart seluruh negara.

"Ketika ini terdapat pelbagai jenama-jenama usahawan tempatan yang telah memasarkan produk mereka menggunakan platform Richiamo Mart

"Antaranya, jenama Bubbles 02, Kerepek Mina, Tisha, PopsLab, Fitrah, Beard Brothers, Fatiha, Ainon, Pak Chips, Munira, T'Salle, Salisporice, Dim sum dan pau Mohd Chan.

"Selain itu, ia termasuk jenama Sawanah, Maduria, selain jenama terkenal seperti Adabi, Habhal, Halalgel, Mu'min dan lain-lain," katanya pada Majlis Pembukaan Cawangan Pertama Richiamo Mart Sdn Bhd dan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Plaza Bangi Perdana pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Majlis dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali dan Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Sdn Bhd, Muhamad Zamry Abu Samah.

Armizan (tengah) dan Muhamad Zamry (dua kiri) ketika majlis pembukaan cawangan pertama di Plaza Bangi Perdana pada Ahad
Armizan (tengah) dan Muhamad Zamry (dua kiri) ketika majlis pembukaan cawangan pertama di Plaza Bangi Perdana pada Ahad

Dalam pada itu, Wan Najib berkata, Richiamo Mart turut berhasrat menyediakan sekurang kurangnya 60 hingga 70 peratus barangan di dalam kedai berkenaan merupakan produk-produk keluaran tempatan selain jenama nasional terkenal.

"Kita memperkenalkan konsep kafe di dalam mart di mana pelanggan boleh menikmati makanan seperti kopi, soft serve ice cream, oden, pau dan dim sum serta pastri dan roti di dalam mart selain dapat membeli belah barang keperluan lain," katanya.

Richiamo Mart merupakan cabang perniagaan baharu di bawah Kumpulan Richiamo selain daripada Richiamo Manufacturing, Richiamo Coffee dan Yayasan Dakwah Negara.

Penubuhan Richiamo Mart ini juga akan memberi pilihan terbaharu kepada pelanggan di negara ini sekali gus menyediakan satu platform kepada usahawan-usahawan tempatan mempromosikan produk keluaran masing-masing.

Beliau menambah, sememangnya perniagaan seperti ini selain mewujudkan rantaian perniagaan berterusan ia juga mampu memberi skala ekonomi yang luas dan sudah tentunya memberi banyak peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!