Instafamous dipenjara selepas panjat Piramid Giza

Zdorovetskiy telah merakam gambar di puncak piramid sebelum dipenjara pihak berkuaa Mesir atas perbuatannya itu.
Zdorovetskiy telah merakam gambar di puncak piramid sebelum dipenjara pihak berkuaa Mesir atas perbuatannya itu.
A
A
A

MESIR - Seorang instafamous dipenjara lima hari gara-gara memanjat Piramid Giza dan berkongsi gambarnya di media sosial.

Instafamous tersebut, Vitaly Zdorovetskiy dirakam memanjat piramid sebelum memuat naik gambar kakinya untuk tatapan pengikutnya di Instagram, lapor Daily Star yang memetik sumber.

Bagaimanapun, kini Zdorovetskiy dipenjara hampir seminggu akibat perbuatannya itu namun Zdorovetskiy memberitahu pengikutnya bahawa dia tidak pernah menyesal dengan perbuatannya itu.

Zdorovetskiy memuat naik gambar aksinya memanjat Piramid Giza di Instagram.
Zdorovetskiy memuat naik gambar aksinya memanjat Piramid Giza di Instagram.

“Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan apa yang saya lalui selama lima hari lalu. Saya suka Mesir dan ingin memanjat Piramid Giza.

“Saya melihat perkara-perkara yang mengerikan dan saya tidak mahu perkara itu terjadi kepada sesiapa.

“Saya juga sudah banyak kali dimasukkan ke dalam penjara tetapi kali ini paling teruk. Saya lakukan atas tujuan yang baik dan akan berkongsi video tidak lama lagi supaya seluruh dunia boleh melihatnya,” katanya.

Zdorovetskiy memuat naik video aksinya memanjat Piramid Giza di Instagram selepas dipenjara selama lima hari di Mesir.
Zdorovetskiy memuat naik video aksinya memanjat Piramid Giza di Instagram selepas dipenjara selama lima hari di Mesir.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Zdorovetskiy pernah menimbulkan kontroversi dengan memanjat papan tanda Hollywood dan meluru masuk ke gelanggang bola keranjang pada aksi final NBA.

Bekas kekasihnya, Kinsey Wolanksi juga turut menimbulkan kekecohan apabila berlari ke tengah padang ketika pertemuan Liverpool menentang Tottenham Hotspur pada Liga Juara-Juara tahun lalu.