Dua beradik berdepan hukuman mati

Noor Azlan (hadapan) dan adiknya, Mohd Farizzuan (bekalang) ketika dibawa ke Kompleks Mahkamah Pasir Mas untuk pertuduhan kes bunuh.
Noor Azlan (hadapan) dan adiknya, Mohd Farizzuan (bekalang) ketika dibawa ke Kompleks Mahkamah Pasir Mas untuk pertuduhan kes bunuh.
A
A
A

PASIR MAS - Dua beradik yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berdepan hukuman gantung sampai mati atas tuduhan membunuh seorang lelaki di Kampung Simpang Empat Tok Darat, Bukit Tuku, Rantau Panjang pada 13 Ogos tahun lalu.

Tertuduh Noor Azlan Ismail, 31 dan adiknya, Mohd Farizzuan, 23, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan selesai dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa di hadapan Hakim, Nazri Ismail.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh dan kes disebut semula pada 10 Mac depan.

Kedua-dua tertuduh didakwa membunuh Mohamad Ghadafi Amir Zamri, 28, di hadapan sebuah kedai cuci kereta antara jam 12 tengah hari hingga 1 petang pada 13 Ogos tahun lalu.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala kedua-dua beradik itu pula tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: