X

Kindly register in order to view this article
!

Rujuk polis, jangan mudah terpedaya!

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

KUANTAN - Polis Kuantan menasihatkan orang ramai tidak mudah terpedaya dengan sebarang tawaran yang diumpan sama ada menerusi laman sosial Facebook atau panggilan telefon daripada sindiket penipuan 'scammer'.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, sekiranya orang ramai meragui tawaran iklan pinjaman wang atau panggilan diterima, mereka boleh merujuk pihak polis pada kadar segera.

Menurutnya, polis sedia memberi bantuan kepada orang ramai bagi memastikan mereka tidak terus terpedaya sekali gus mengelak daripada mengalami kerugian.

"Tolonglah jangan lupa bahawa kita ada polis... Jangan beri alasan panik sehingga lupa kewujudan polis. Kita sebagai polis bersedia memberi bantuan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika pemberita pada sesi perjumpaan Sesi Dialog Ketua Polis Daerah Kuantan bersama Pengusaha, Pengurus dan Ketua Keselamatan Hotel di Dewan Logistik (IT) kompleks Polis Diraja Malaysia (PDRM), Alor Akar hari ini.

Mohamad Noor (empat, kiri) bersama pengusaha, pengurus dan ketua keselamatan hotel pada Sesi Dialog Ketua Polis Daerah Kuantan di Dewan Logistik (IT) kompleks Polis Diraja Malaysia (PDRM), Alor Akar hari ini.
Mohamad Noor (empat, kiri) bersama pengusaha, pengurus dan ketua keselamatan hotel pada Sesi Dialog Ketua Polis Daerah Kuantan di Dewan Logistik (IT) kompleks Polis Diraja Malaysia (PDRM), Alor Akar hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Noor berkata, kes penipuan membabitkan 'scammer' amat membimbangkan sehingga mengakibatkan kerugian jutaan ringgit pada tahun lalu.

"Saya tiada figure (angka) yang tepat... tapi pada ingatan saya kes membabitkan penipuan 'scammer' ini berlaku peningkatan lebih 100 peratus daripada nilai kerugian tahun 2018.

"Mangsa paling banyak diperdaya dengan pinjaman wang tidak wujud, bungkusan atau 'parcel' sebagai hadiah untuk pasangan dan panggilan yang menyamar anggota polis, kastam serta sebagainya. Ini antara yang dikesan oleh bahagian siasatan jenayah di IPD Kuantan," katanya.

Ditanya mengenai kes ah long di daerah ini, Mohamad Noor berkata, tiada peningkatan ketara direkodkan berdasarkan laporan yang diterima setakat ini.

"Kes itu (ah long) ada tetapi tidak banyak.. namun kita akan membanteras kegiatan ini dari semasa ke semasa dan meminta orang ramai tidak meminjam wang daripada institusi kewangan yang tidak


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!