Wanita warga emas rentung, suami melecur

Seorang wanita warga emas ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Belokok di sini awal pagi tadi.
Seorang wanita warga emas ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Belokok di sini awal pagi tadi.
A
A
A

PONTIAN - Seorang wanita warga emas ditemui rentung manakala suaminya melecur di tangan dalam kebakaran di rumah mereka di Kampung Belokok di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Penolong Penguasa Bomba Iqbal Raduan berkata, Goh Ching Hiang, 75, ditemukan rentung di bilik tidur utama rumah itu manakala suaminya, Goh Ting Wang, 81, hanya mengalami sedikit melecur di tangan kiri.

"Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 1.36 pagi dan menghantar 26 anggota bersama tiga jentera dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) daripada BBP Pontian Baru, BBP Pontian serta BBP Pekan Nanas bagi memadamkan kebakaran," katanya.

Beliau berkata, rumah separuh kekal yang didiami pasangan suami isteri itu terbakar kira-kira 95 peratus dan operasi memadamkan kebakaran tamat sepenuhnya pada jam 5.45 pagi tadi.

Katanya, Ting Wang dihantar ke Hospital Pontian menggunakan EMRS BBP Pontian untuk rawatan manakala mayat Ching Hiang diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Punca dan anggaran kerugian kebakaran terbabit sedang disiasat.

Artikel Berkaitan: