Remaja sanggup reka cerita diculik elak hadir kelas mengaji

Tangkap layar dakwaan seorang remaja diculik namun disahkan polis hanya cerita rekaan kerana mengelak daripada menghadiri kelas mengaji.
Tangkap layar dakwaan seorang remaja diculik namun disahkan polis hanya cerita rekaan kerana mengelak daripada menghadiri kelas mengaji.
A
A
A

KOTA KINABALU - Enggan menghadiri kelas mengaji, seorang remaja perempuan sanggup mereka cerita bahawa dia diculik di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya mengesan satu kes tular di media sosial sejak Khamis bahawa seorang remaja menjadi mangsa culik tetapi berjaya menyelamatkan diri.

"Pihak polis mendapati ia hanya cerita rekaan semata, cerita 'diculik' tersebut kerana enggan menghadiri kelas mengaji," katanya dalam kenyataan pada malam Khamis.

Sehubungan itu, Kasim berkata, orang ramai terutama golongan remaja dinasihatkan supaya tidak mereka cerita berkaitan kes jenayah kerana ia boleh menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.

"Malah ia juga boleh menjadi satu kesalahan kerana membuat laporan palsu.

"Orang ramai juga diminta supaya tidak memuat naik sebarang gambar atau kenyataan yang boleh menimbulkan keresahan dan kegusaran kepada masyarakay setempat," katanya.

Sebelum itu tular satu hantaran di Facebook mendakwa seorang remaja mengatakan bahawa dia telah diculik sebelum berjaya melepaskan diri dan ditemui orang awam di sekitar Kota Kinabalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: