Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36

Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang. Foto Xinhua
Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang. Foto Xinhua
A
A
A

GUANGZHOU - Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Menurut pihak berkuasa bandar Meizhou, seramai 30 orang lagi sedang menerima rawatan di hospital setakat 5.30 pagi Khamis.

Menurut pihak berkuasa, kecederaan dialami mereka tidak mengancam nyawa.

Insiden pada awal pagi Rabu juga mengakibatkan 23 kenderaan terperangkap dalam runtuhan itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: