47 tertimbus insiden tanah runtuh di China

Lebih 200 penyelamat bersama 33 kenderaan bomba dan 10 jengkaut terlibat dalam operasi mencari mangsa di Kampung Liangshui, Pekan Tangfang di bandar Zhaotong. Foto Xinhua
Lebih 200 penyelamat bersama 33 kenderaan bomba dan 10 jengkaut terlibat dalam operasi mencari mangsa di Kampung Liangshui, Pekan Tangfang di bandar Zhaotong. Foto Xinhua
A
A
A

KUNMING - Sekurang-kurangnya 47 orang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang melanda wilayah Yunnan di barat daya China pada Isnin.

Lebih 200 penyelamat bersama 33 kenderaan bomba dan 10 jengkaut terlibat dalam operasi mencari mangsa selepas bencana itu berlaku di Kampung Liangshui, Pekan Tangfang di bandar Zhaotong pada 5.51 pagi, lapor Xinhua.

Seramai lebih 200 penduduk telah dipindahkan ketika Suruhanjaya Wilayah bagi Pengurangan Bencana mengaktifkan tindak balas kecemasan Tahap III untuk bantuan bencana. - Bernama

Artikel Berkaitan: