Penunggang motosikal maut dirempuh dua kenderaan

Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta dalam kejadian di kilometer 35 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di Machang pada Selasa.
Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta dalam kejadian di kilometer 35 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di Machang pada Selasa.
A
A
A

MACHANG - Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan dalam kejadian di Kilometer 35 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di sini pada Selasa.

Kejadian jam 8.30 malam itu menyebabkan mangsa yang berusia 47 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, siasatan awal mendapati kesemua kenderaan yang terlibat dari arah yang sama iaitu dari Machang menghala ke Kota Bharu.

"Setiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda Ex-5 dipercayai bergerak dari lorong kiri jalan untuk membuat pusingan U secara tiba-tiba.

"Kereta jenis Proton Iswara yang berada di belakang motosikal Honda Ex-5 tidak sempat mengelak lalu merempuhnya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Kejadian jam 8.30 malam itu menyebabkan mangsa yang berusia 47 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
Kejadian jam 8.30 malam itu menyebabkan mangsa yang berusia 47 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.

Menurut beliau, motosikal berkenaan kemudian dirempuh sekali lagi oleh sebuah lagi kereta iaitu Proton Saga.

Ujarnya, pelanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Shafiki memberitahu, saringan air kencing mendapati pemandu Proton Iswara positif dadah jenis benzo.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian 011-10085165 atau balai terdekat," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!