Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan dilancarkan

Menurut Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan akan dijadikan panduan kepada pembentukan Dasar Sumber Manusia Kebangsaan menjelang Rancangan Malaysia Ke-13.
Menurut Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan akan dijadikan panduan kepada pembentukan Dasar Sumber Manusia Kebangsaan menjelang Rancangan Malaysia Ke-13.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan berkaitan aspek pampasan upah pekerja lebih lumayan serta kesejahteraan pekerjaan dilancarkan sempena sambutan Hari Pekerja 2024 pada Rabu.

Kerangka dasar itu mengandungi tiga teras dengan 11 Strategi, 48 Prakarsa, lima Pemacu Perubahan dan dua Pemangkin Dasar.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, dokumen kerangka dasar itu dihasilkan dengan mengambil kira maklum balas pemegang taruh dan orang ramai menerusi sesi libat urus, kumpulan tumpu bincang, dialog awam (town hall) serta portal kaji selidik dalam talian.

"Ia (kerangka dasar) merangkumi isu-isu penting pampasan upah yang lebih lumayan, kesejahteraan pekerjaan, gerakan kesatuan sekerja, perlindungan keselamatan sosial menyeluruh, tenaga kerja golongan rentan seperti wanita, warga emas, dan orang kurang upaya (OKU),” katanya sempena sambutan Hari Pekerja 2024 di sini, pada Rabu.

Jelas Steven, pihaknya telah menerima lebih 2,000 maklum balas yang mana ianya merupakan sebahagian daripada asas pertimbangan kepada pembentukan Kerangka Dasar Sumber Manusia Kebangsaan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, hal ehwal pekerja sektor gig, isu latihan kemahiran, ketidakpadanan pekerjaan, tenaga kerja asing, kesan teknologi kecerdasan buatan (AI) ke atas pasaran kerja dan sebagainya turut diambil kira.

"Seterusnya, ia akan dijadikan panduan untuk menghasilkan Dasar Sumber Manusia Kebangsaan lengkap menjelang Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) kelak,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: