Sambutan Hari TLDM ke-90 dibatalkan, diganti majlis tahlil

Pesawat HOM-AW139 terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut semasa latihan lintas hormat sempena Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada Selasa.
Pesawat HOM-AW139 terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut semasa latihan lintas hormat sempena Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada Selasa.
A
A
A

LUMUT - [DIKEMAS KINI] Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ke-90 yang dijadual berlangsung pada Sabtu ini, dibatalkan dan digantikan dengan majlis tahlil serta doa selamat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sambutan itu dibatalkan atas perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kapten Kehormat TLDM.

"Kita batalkan (sambutan ulang tahun TLDM) dan diganti dengan majlis doa selamat selepas mendapat perkenan daripada Sultan Selangor," katanya ketika ditemui dalam sidang media semasa melakukan lawatan ke tempat kejadian pada Selasa.

Mohamed Khalid memberitahu, pengurusan jenazah nahas itu turut dibantu Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan TLDM, namun mengikut perancangan keluarga masing-masing.

Beliau berkata, kementeriannya juga membantu membawa pulang jenazah berasal dari Sabah, selepas semua urusan selesai.

"Setakat ini, keluarga mangsa yang menetap di Kota Kinabalu, Sabah sudah dibawa ke sini dan mereka akan terus ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

"Kementerian (Pertahanan), ATM dan TLDM juga akan menyalurkan manfaat dan faedah sewajarnya kepada balu dan waris mangsa," tambah beliau.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, dua helikopter TLDM bertembung ketika latihan lintas hormat sempena Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada jam 9.03 pagi Selasa.

Artikel Berkaitan:

Nahas itu mengorbankan 10 mangsa, masing-masing tujuh kru dan tiga penumpang dua helikopter jenis HOM-AW139 dan Fennec yang berlepas dari Padang Sitiawan, Perak.

Pesawat HOM-AW139 terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!