MB Perlis boleh dipanggil semula sekiranya ada keperluan - SPRM

Azam Baki
Azam Baki
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli boleh dipanggil pada bila-bila masa sekiranya ada keperluan bagi siasatan berkaitan kes salah guna kuasa yang sedang dijalankan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya kini sedang melengkapkan siasatan dijalankan.

"Siasatan lanjut masih dijalankan, jika ada keperluan beliau akan dipanggil semula bagi membantu siasatan.

"Beliau memberi kerjasama yang baik dengan pegawai SPRM ketika dirakam keterangan sebelum ini," katanya pada Rabu.

Tambahnya, anak Menteri Besar Perlis itu yang sebelum ini ditahan reman sebelum ini sudah dilepaskan dengan jaminan minggu lalu.

Pada Selasa, Mohd Shukri hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan.

Siasatan dijalankan berhubung isu salah guna kuasa membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana termasuk membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: