Padah halang laluan awam

Dua tindakan sita turut diambil ke atas penjaja bukan warga negara yang menjalankan perniagaan tanpa lesen
Dua tindakan sita turut diambil ke atas penjaja bukan warga negara yang menjalankan perniagaan tanpa lesen
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita barangan di 12 premis kerana didapati menghalang laluan kawasan awam pada Selasa.

Turut terlibat dalam Tindakan Khas Pindah Halangan dan Penjaja Warga Asing Pasar Borong Kuala Lumpur itu ialah anggota Pejabat Cawangan Batu dan Pejabat Cawangan Wangsa Maju.

Kesemua barangan dan peralatan perniagaan dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur
Kesemua barangan dan peralatan perniagaan dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur

DBKL dalam satu kenyataan berkata, tindakan di bawah Seksyen 46 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 itu dilakukan di sekitar Jalan 2/3a dan Jalan 6/3a Pusat Bandar Utara, Selayang.

Selain itu, dua tindakan sita turut diambil ke atas penjaja bukan warga negara yang menjalankan perniagaan tanpa lesen pihak berkuasa menerusi UUK 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Kesemua barangan dan peralatan perniagaan dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL di Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk rekod dan simpanan sementara,” kata kenyataan itu di laman Facebook DBKL.

DBKL juga akan meneruskan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan di lokasi titik panas dari semasa ke semasa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: