Pegawai kanan 'belasah' pegawai: Kertas siasatan diserah kepada Pejabat Peguam Negara

Mancha menyaksikan pertukaran nota serah terima tugas Ketua Polis Daerah Matu Daro Sarawak antara Deputi Superintenden Neil Beginda (kiri) dengan Deputi Superintenden Rahim Mihos pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Padawan, Serian dan Matu Daro di Dewan Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak pada Selasa. Foto Bernama

A
A
A

KUCHING - Kertas siasatan melibatkan seorang pegawai kanan Tentera Darat Malaysia (TDM) di Sarawak yang didakwa salah guna kuasa serta menggunakan kekerasan pada bulan lepas telah diserah ke Pejabat Peguam Negara.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut.

"Kertas siasatan telah dirujuk ke Peguam Negara. Kebiasaannya kes melibatkan tentera ini akan pergi ke Mahkamah Tentera,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Padawan, Matu Daro dan Serian di sini pada Selasa.

Pada 7 Mac lepas, TDM mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan menggunakan kekerasan oleh seorang pegawai kanan TDM di Sarawak, terhadap seorang lagi pegawainya.

Markas TDM dalam kenyataan memaklumkan laporan polis telah dibuat mangsa berikutan kejadian yang didakwa berlaku semasa mangsa sedang menjalani latihan peringkat formasi dan laporan berkenaan telah tular di media sosial.

TDM turut menubuhkan lembaga siasatan peringkat dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian dan dakwaan tersebut, dengan pegawai kanan berkenaan telah dilepaskan daripada tugas pemerintahan bagi membolehkan siasatan dijalankan secara telus dan menyeluruh. - Bernama

Artikel Berkaitan: