Papagomo ditahan polis disyaki aibkan Agong

Wan Muhammad Azri atau Papagomo
Wan Muhammad Azri atau Papagomo
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris susulan kenyataannya yang disyaki mengaibkan Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan dibuat Papagomo itu dikesan menerusi satu hantaran video berdurasi 2 minit 46 saat yang memaparkan dia mempersoalkan tindakan Yang di-Pertuan Agong bertemu dengan pemilik Kedai Serbaneka KK Mart.

Menerusi video terbabit juga turut mendakwa Yang di-Pertuan Agong mengarahkan Che'gu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin dituduh di mahkamah di bawah Akta Hasutan.

Razarudin
Razarudin

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tangkapan itu dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

"Tangkapan dilakukan susulan laporan polis yang diterima berkaitan video berkenaan yang dilaporkan oleh seorang peniaga berusia 41 tahun yang mengesan hantaran itu semasa melayari media sosial di rumahnya semalam (29 April).

"Papagomo berkenaan ditahan di kediamannya di Setapak, pada hari ini bagi membantu siasatan," katanya pada Selasa.

Razarudin berkata permohonan reman terhadap Papagomo kini dalam proses permohonan.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dia ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!