2 pegawai syarikat pembekalan air direman kes rasuah RM3.3 juta

Suspek direman selama sehari bagi membantu siasatan kes rasuah RM3.3 juta daripada dua pemilik syarikat kontraktor. Foto SPRM Johor
Suspek direman selama sehari bagi membantu siasatan kes rasuah RM3.3 juta daripada dua pemilik syarikat kontraktor. Foto SPRM Johor
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua pegawai atasan sebuah syarikat pembekalan air negeri ini direman sehari bagi membantu siasatan kes rasuah sebanyak RM3.3 juta daripada dua pemilik syarikat kontraktor.

Perintah reman terhadap kedua-dua individu berusia 36 dan 40 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Puan Nurzihan Abdul Rehman di Mahkamah Majistret, di sini pagi Selasa.

Manakala kedua-dua individu terbabit diwakili peguam Adzly Ab Manas dan Amarpreet Singh Rajwinder Singh.

Sebelum itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai atasan sebuah syarikat pembekalan air negeri ini dipercayai menerima rasuah sebanyak RM3.3 juta daripada dua pemilik syarikat kontraktor.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang, pada Isnin.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang, pada Isnin. Foto SPRM Johor
Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang, pada Isnin. Foto SPRM Johor

"Siasatan bertindak atas beberapa aduan sekitar 2023, di mana kedua-dua suspek telah menerima wang rasuah daripada pemilik dua syarikat kontraktor.

"Ia sebagai balasan membantu syarikat berkenaan memperoleh kerja-kerja perkhidmatan dan pembekalan daripada syarikat pembekalan air berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Suspek terbabit dengan kesalahan mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu berhubung dengan permohonan sumbangan bagi sebuah program berjumlah RM3.3 juta sedangkan program berkenaan tidak dilaksanakan sepenuhnya," kata sumber berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!