Kes bunuh peniaga di Kapar: Dua lelaki tempatan diberkas

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A
A

KLANG - Dua lelaki diberkas berhubung kes bunuh seorang peniaga di sebuah rumah dekat Taman Jaya, Kapar pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kedua-dua suspek diberkas menerusi operasi dijalankan sekitar Kapar pada Sabtu dan Isnin.

"Dua suspek terlibat merupakan warga tempatan berumur 25 dan 29 tahun.

"Suspek pertama direman tujuh hari manakala suspek kedua akan dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Klang pada Selasa," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Katanya, siasatan berkaitan kes itu masih dijalankan.

"Polis masih dalam usaha memburu beberapa individu lain yang terlibat dalam pembunuhan ini," katanya.

Terdahulu, polis mengesahkan kejadian pembunuhan terbabit dipercayai berunsur dendam.

Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian.

Artikel Berkaitan:

Pada Khamis, seorang peniaga maut dibunuh sekumpulan lelaki berparang dan pistol taser di sebuah rumah dekat Taman Jaya, Kapar di sini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!