Pengurus rugi RM238,868 ditipu pelaburan ternakan ikan

Mangsa dijanjikan akan menerima pulangan lumayan selepas tiga tah membuat pelaburan.Gambar hiasan
Mangsa dijanjikan akan menerima pulangan lumayan selepas tiga tah membuat pelaburan.Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang pengurus menanggung kerugian RM239,868 selepas menjadi mangsa pelaburan ternakan ikan tidak wujud, yang disertainya enam tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, lelaki warga tempatan berusia 50-an itu telah ditawarkan melabur saham syarikat ternakan ikan yang didakwa beroperasi di Hong Kong.

Beliau berkata, mangsa ditawarkan oleh suspek untuk melabur dengan membeli saham syarikat bernilai AS$0.60 per unit dan dijanjikan akan menerima pulangan selepas tiga tahun.

M Kumar
M Kumar

"Tertarik dengan tawaran yang dibuat pada Ogos dan September 2018, mangsa telah menyerahkan sekeping cek kepada suspek.

"Mangsa juga sudah membuat dua kali transaksi pemindahan wang ke dalam akaun bank sebuah syarikat berdaftar di negara ini.

"Bagaimanapun sehingga kini, mangsa tidak menerima pulangan yang dijanjikan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambah Kumar, sebanyak 148 kes jenayah pelaburan tidak wujud direkodkan di Johor bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini membabitkan kerugian lebih RM10 juta.

Artikel Berkaitan:

"Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 70 kes atau 47.3 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu iaitu sebanyK 218 kes dengan nilai kerugian lebih RM19 juta," katanya.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan melaksanakan semakan yang lebih terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan, terutama yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Ujarnya, dapatkan maklumat lanjut dari sumber-sumber rasmi seperti portal ‘Semak Mule CCID‘, ‘Alert List Bank Negara Malaysia‘ dan ‘Suruhanjaya Sekuriti‘ (melalui platform investment checker), sebelum membuat keputusan untuk menyertai apa jua skim pelaburan.

"Orang ramai boleh mendapatkan maklumat berkaitan penipuan dengan mengikuti laman sosial Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) seperti di Facebook, Instagram dan TikTok bagi mengetahui modus operandi terbaharu jenayah komersil.

“Orang ramai juga diseru untuk memuat turun aplikasi ‘Whoscall‘ bagi mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan.

“Sekiranya telah menjadi mangsa penipuan, hubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 dengan segera sebagai tindakan awal untuk menyekat pengaliran keluar wang dari akaun suspek,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!