Sheriff terus mara, catat kutipan RM35.3 juta

Filem Sheriff terus melakar sejarah dalam industri perfileman negara apabila meraih kutipan RM35.3 juta dalam tempoh 11 hari tayangan rasmi.
Filem Sheriff terus melakar sejarah dalam industri perfileman negara apabila meraih kutipan RM35.3 juta dalam tempoh 11 hari tayangan rasmi.
A
A
A

FILEM Sheriff terus melakar sejarah dalam industri perfileman negara apabila meraih kutipan RM35.3 juta dalam tempoh 11 hari tayangan rasmi.

Pencapaian itu sekali gus menjadikan filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw sebagai filem nombor satu mencatat kutipan tertinggi bagi tahun 2024 di Malaysia.

Malah naskhah arahan Syafiq Yusof itu turut mengetepikan filem besar antarabangsa dan terus mendominasi carta kutipan tahun ini.

Antara babak dalam Sheriff.
Antara babak dalam Sheriff.

Mengulas kutipan memberangsangkan yang diterima Sheriff, Syafiq melahirkan rasa syukur terhadap sambutan positif penonton.

“Alhamdullilah, Sheriff masih mendapat sambutan menggalakkan di pawagam meskipun telah memasuki hari ke 11.

"Saya ingin ambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton yang menerima Sheriff, serta pihak media dan pihak pemamer yang banyak memberi sokongan pada Sheriff sejak mula lagi sehingga filem ini berjaya menjadi filem nombor satu kutipan tertinggi tahun ini," katanya.

Sheriff yang menampilkan gandingan Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz, Elizabeth Tan, mengisahkan Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah Tony Ifrit semakin berleluasa. Nazri berasa terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana Tony sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman.

Artikel Berkaitan:

Dalam masa yang sama, Sheriff, seorang anggota daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan dia ditugaskan bersama Nazri untuk berada di bawah satu jabatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!