JPJ Perlis catat kutipan hasil RM30.4 juta pada 2023

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KANGAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis mencatatkan kutipan hasil keseluruhan berjumlah RM30.4 juta sepanjang tahun lepas.

Pengarah JPJ Perlis, Fatimah Mohamed Ali Piah berkata, kutipan direkodkan itu menerusi enam bahagian operasi utama jabatan iaitu Bahagian Pelesenan Kenderaan merekodkan kutipan RM13 juta, diikuti Bahagian Pelesenan Pemandu dengan kutipan sebanyak RM2.3 juta.

"Empat bahagian lain iaitu Bahagian Penguat kuasa sebanyak RM2.1 juta, Kaunter Bergerak JPJ Mobile (RM418,000), Kios JPJ (RM6.6 juta) dan Cawangan WeServe UTC (RM6 juta)," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan setia bulanan JPJ Perlis di sini pada Khamis.

Pada perhimpunan itu, seramai 18 petugas media di Perlis termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Biro Perlis menerima sijil penghargaan daripada JPJ Perlis atas kerjasama erat diberikan pihak media kepada jabatan itu sepanjang tahun lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: