Bekas banduan baru berkahwin didakwa merompak

Muhammad Syafiq (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen di Melaka, pada Isnin.
Muhammad Syafiq (tengah) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen di Melaka, pada Isnin.
A
A
A

MELAKA - Seorang bekas banduan yang baru berkahwin ditahan semula selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Isnin, atas tuduhan merompak seorang wanita yang berjalan kaki pulang dari tempat kerja.

Muhammad Syafiq Hanif, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azaraorni Abd Rahman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa merompak sebuah telefon bimbit milik M Kavina sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM200 di tepi jalan Tun Fatimah, di sini, pada 21 April lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh yang baru dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara selama lima tahun atas kesalahan sama pada Februari lalu, melakukan jenayah tersebut ketika mangsa berjalan kaki pulang dari kerja.

Difahamkan dia berpura-pura meminjam telefon bimbit mangsa dengan alasan untuk menghubungi rakannya sebelum melarikan gajet tersebut.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Syazwanie Marizan tidak mencadangkan sebarang jaminan.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 4 Jun depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!