Pemilihan jawatankuasa meragukan: Cuepacs enggan ulas

Adnan Mat
Adnan Mat
A
A
A

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyerahkan siasatan berhubung dakwaan proses pemilihan jawatankuasa tertinggi kesatuan itu yang meragukan kepada pihak berwajib.

Presidennya, Adnan Mat dalam reaksi ringkasnya berkata, Cuepacs tidak mendapat makluman berhubung sebarang aduan mengenai perkara itu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Cuepacs tidak dimaklumkan mengenai apa-apa aduan. Tiada apa-apa komen daripada Cuepacs. Terserah kepada pihak yang berwajib," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Kesatuan Kakitangan Am Universiti Putra Malaysia (Kepertama) mendakwa proses pemilihan kesemua 41 jawatankuasa tertinggi Cuepacs baharu yang dipilih ketika Konvensyen Kongres Tritahunan Cuepacs ke-28 tahun lalu boleh dipertikaikan.

Presiden Kepertama, Mohd Razali Singah berkata, pihaknya mendapati wujud isu dan situasi yang mencurigakan sepanjang konvensyen tersebut berlangsung khususnya berkaitan proses pemilihan Jawatankuasa Tertinggi dan Pegawai Tertinggi Cuepacs.

Isu dan situasi yang mencurigakan itu dikatakan disokong bukti kukuh kerana didapati telah melanggar peraturan dan perlembagaan.

Satu laporan polis telah dibuat pada 19 Disember lalu dan aduan rasmi telah dihantar kepada Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS), Kementerian Sumber Manusia untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: