Trafik sesak di Lebuhraya PLUS Port Dickson menghala Seremban akibat pokok tumbang

Gambar hiasan. Foto Bernama
Gambar hiasan. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Aliran trafik di Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS) sesak akibat pokok tumbang di kilometer (KM) 261.9 Port Dickson Utara (U) menghala ke Seremban, Negeri Sembilan.

Astro Radio Traffic dalam hantaran di laman sosial, X pada Ahad berkata, insiden berkenaan menambah kepada kesesakan dari Pedas Linggi, Negeri Sembilan.

Sebelum ini, pada Jumaat turut berlaku kejadian sama di lebuh raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) apabila pokok tumbang di Nilai Utara, Negeri Sembilan.

“Aliran trafik terus menjangkakan kelewatan dari Putra Mahkota ke Bandar Serenia akibat pokok tumbang di persimpangan nilai utara yang sedang dalam proses pembersihan,” katanya.

Artikel Berkaitan: