Rokok pemanas jadi tumpuan penyeludup di Kelantan

Wan Jamal Abdul Salam (tengah) mendedahkan rokok pemanas mula menjadi tumpuan penyeludup di negeri ini apabila agensi berkenaan berjaya merampas barangan itu dalam serbuan di Wakaf Bharu, Tumpat pada Rabu.
Wan Jamal Abdul Salam (tengah) mendedahkan rokok pemanas mula menjadi tumpuan penyeludup di negeri ini apabila agensi berkenaan berjaya merampas barangan itu dalam serbuan di Wakaf Bharu, Tumpat pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan mendedahkan rokok pemanas mula menjadi tumpuan penyeludup di negeri ini apabila agensi berkenaan berjaya merampas barangan itu dalam serbuan di Wakaf Bharu, Tumpat pada Rabu.

Rampasan bernilai RM270,000 tanpa cukai itu dilakukan pada jam 9.30 malam.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, siasatan awal mendapati rokok berkenaan dibawa masuk dari Thailand oleh sindiket menggunakan penyeludup.

"Kita tidak menolak kemungkinan rokok terbabit untuk pasaran negeri ini dan Lembah Klang," katanya semasa sidang akhbar di sini pada Ahad.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan di lokasi membawa kepada penemuan 900,000 batang rokok pemanas.

Ujarnya, ini merupakan rampasan pertama rokok pemanas yang diseludup masuk ke Kelantan.

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, jika sebelum ini rampasan hanya membabitkan rokok putih pelbagai jenama.

“Kebanyakan yang menggunakan rokok pemanas adalah golongan muda dan harga yang dijual agak mahal sekitar RM14 sekotak.

Artikel Berkaitan:

“Jika rokok pemanas sudah mula diseludup masuk, ini bermakna permintaan terhadap rokok terbabit semakin tinggi,” katanya.