AS-China meterai perjanjian dagang bersejarah

Trump menandatangani perjanjian itu dengan Naib Perdana Menteri China, Liu He.
Trump menandatangani perjanjian itu dengan Naib Perdana Menteri China, Liu He.
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) dan China memeterai perjanjian perdagangan semalam yang akan mengurangkan beberapa tarif sekali gus menjadi satu langkah bagi meningkatkan pembelian China terhadap produk keluaran AS, selepas 18 bulan kedua-dua negara terbabit dalam kemelut dagang.

Perjanjian fasa pertama membabitkan kuasa ekonomi terbesar dan kedua itu dianggap permulaan baru yang turut disambut baik dalam kalangan pelabur.

Perjanjian digelar perjanjian itu bersejarah oleh Donald Trump itu memberi kelebihan kepada Presiden itu yang berdepan pendakwaan dan pemilihan semula tahun ini.

Beliau mengakui rundingan lanjut bersama China diperlukan bagi menyelesaikan pelbagai masalah lain, selain beranggapan perjanjian itu sebagai satu kemenangan untuk ekonomi dan dasar perdagangan AS.

Antara perkara utama yang dipersetujui daripada perjanjian itu ialah persetujuan China untuk membeli sekurang-kurangnya AS$200 bilion produk pertanian AS dan pelbagai barangan serta perkhidmatan lain dalam tempoh dua tahun.

Komitmen pembelian itu merangkumi tambahan AS$54 bilion dalam sektor tenaga, AS$78 bilion produk pembuatan, AS$32 bilion produk pertanian dan AS$38 bilion dalam bidang perkhidmatan.

Keredaan dalam perselisihan perdagangan AS-China itu melonjakkan pasaran saham serata dunia dalam beberapa minggu baru-baru ini kerana ia menyahkan ancaman tarif-tarif baru, dan Wall Street mencatatkan rekod baru selepas pemeteraian.

Trump menandatangani perjanjian itu dengan Naib Perdana Menteri China, Liu He yang mengetuai rundingan Beijing dengan Wakil Perdagangan AS, Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin.

Artikel Berkaitan:

Presiden AS berterima kasih kepada Presiden China, Xi Jinping dan memaklumkan beliau mahu mengunjungi China dalam masa terdekat. - Agensi