Wang simpanan Dynas dalam bank lesap

Perkongsian Dynas di Instagramnya.
Perkongsian Dynas di Instagramnya.
A
A
A

PELAKON dan pengacara, Dynas Mokhtar berkongsi rasa sedih apabila wang simpanannya di bank ‘hilang’ dan akaunnya hampir kosong.

Menerusi hantaran di Instagram, Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 41, berkata, kejadian itu hanya disedari apabila dia ingin membayar gaji pengurusnya.

“Selepas habis penggambaran beberapa hari sebelum ini, saya ingin membayar gaji PA dan baharu sedar hampir semua duit hilang.

“Saya hanya ada kad debit dan tak pernah ada kad kredit.

"Ingatkan guna kad debit lebih selamat kerana kita tak berhutang.

"Selepas semak penyata bank, rupanya ada transaksi daripada mata wang asing seperti dolar Hong Kong.

“Laporan polis sudah dibuat dan banyak pihak bantu memudahkan urusan.

"Minta semua doakan semoga saya dapat duit itu kembali,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelas Dynas, dia berkongsi hal itu kerana tidak mahu perkara sama berlaku kepada orang lain.

Selain itu, dia juga memberi saranan agar orang ramai menyimpan wang di tempat yang lebih selamat.

“Sekarang bukan hanya klik pautan tetapi nombor kad debit juga perlu berhati-hati.

"Kalau orang tiru kad awak, habis.

"Ini simpanan dan itu sahaja yang ada.

"Kononnya tidak mahu berhutang tetapi semua wang tunai hilang,” jelasnya lagi.