Faiz Nasir, Arif Fadzilah dalam radar dua kelab Liga Super

Faiz Nasir, Arif Fadzilah
Faiz Nasir, Arif Fadzilah
A
A
A

DUA pemain Terengganu FC (TFC) akan dipinjamkan ke pasukan lain sebagai langkah penjimatan kelab musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Mohd Sabri Abas berkata, dua pemain berkenaan ialah tonggak pertahanan, Arif Fadzilah Abu Bakar dan pemain sayap, Faiz Nasir yang mendapat jolokan 'Messi Ganu'.

Beliau berkata, Arif Fadzilah hampir pasti dipinjamkan ke Kuching City FC (KCFC) selama satu musim iaitu sehingga tamat Liga Malaysia (Liga M) April tahun depan.

"Kelantan United FC (KUFC) berminat mendapatkan khidmat Faiz Nasir, tetapi masih dalam proses rundingan kerana KCFC juga menaruh minat sama," katanya ketika ditemui selepas majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman dengan Koridor Utiliti Teknologi Terengganu (KUTT) di Gong Badak hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif KUTT, Ahmad Azhan Suhaili @ Ismail.

Sementara itu Ahmad Azhan berkata, syarikatnya berminat menaja TFC kerana pencapaian membanggakan pasukan itu musim lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: