Payung terjun jadi khemah berlindung

Sebuah khemah payung terjun yang dapat menampung beberapa keluarga.
Sebuah khemah payung terjun yang dapat menampung beberapa keluarga.
A
A
A

BANDAR GAZA - Bagi Naeem al-Goaan, payung terjun yang digunakan untuk menggugurkan bantuan ke pantai Gaza mempunyai kegunaan penting buat penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal.

“Kami menariknya ke tepi pantai dengan bot kecil. Kami mengambil payung terjun itu ketika orang lain sibuk mendapatkan bantuan yang digugurkan,” kata nelayan dari bandar Deir el-Balah di tengah Gaza itu.

Menurutnya, fabrik payung terjun itu mempunyai pelbagai kegunaan termasuk dijadikan khemah seluas satu meter persegi buat ahli keluarganya.

Fabrik payung terjun digunakan kebanyakan penduduk Gaza sebagai tempat berlindung sementara mereka.
Fabrik payung terjun digunakan kebanyakan penduduk Gaza sebagai tempat berlindung sementara mereka.

“Ia turut dipasang bidai untuk perlindungan daripada terik matahari. Pada siang hari, ia berfungsi sebagai kedai runcit untuk kami menjual telur, makanan tin dan mi segera,” ujarnya.

Payung terjun menjadi tempat berlindung tambahan buat kebanyakan penduduk Gaza hilang tempat tinggal.
Payung terjun menjadi tempat berlindung tambahan buat kebanyakan penduduk Gaza hilang tempat tinggal.

Jelasnya, idea untuk mendirikan khemah payung terjun itu muncul kerana dia menjangkakan perang berlarutan untuk tempoh lama.

“Jadi, usaha ini agak berbaloi,” katanya lagi selepas khemah payung terjun itu digunakan ramai penduduk Gaza sebagai tempat berlindung mereka.

Artikel Berkaitan:

Di kawasan berhampiran Rafah di selatan Deir el-Balah, Israel dikatakan mendapatkan kira-kira 40,000 khemah untuk menempatkan hampir 500,000 penduduk Gaza menjelang ofensif yang dirancang ke atas bandar bersempadan Mesir itu.

Penduduk Gaza terpaksa menjadi lebih kreatif untuk mendirikan tempat tinggal sementara.
Penduduk Gaza terpaksa menjadi lebih kreatif untuk mendirikan tempat tinggal sementara.

Lebih 1.5 juta daripada 2.4 juta populasi Gaza dipercayai berlindung di Rafah sejak perang genosid itu tercetus pada 7 Oktober lalu.

Sebahagian daripadanya dipercayai sudah kembali semula ke utara selepas pengunduran tentera Israel dari kawasan selatan pada awal bulan lalu.

Kebanyakan penduduk Gaza tinggal di khemah sementara yang serba daif.
Kebanyakan penduduk Gaza tinggal di khemah sementara yang serba daif.

Tarikh sebenar kempen serangan lebih ganas ke atas Rafah masih mencetuskan tanda tanya setelah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan pemimpin ‘ekstremis’ berulang kali menyatakan operasi itu akan tetap diteruskan meskipun dibantah komuniti antarabangsa. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!