Inisiatif bentuk pelajar benci rasuah

Nurhayati menyampaikan ceramah antirasuah kepada 600 pelajar MRSM Kuala Kubu Baru.
Nurhayati menyampaikan ceramah antirasuah kepada 600 pelajar MRSM Kuala Kubu Baru.
A
A
A

KUALA KUBU BHARU - Misi menyampaikan mesej kesedaran membangunkan #NilaiMoralKarakterBangsa Rasuah Busters diteruskan dalam Jelajah Antirasuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dengan usaha sama Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang bermula pada 22 April dan berakhir pada Oktober 2024.

Ketua Sekretariat Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, siri jelajah yang dinamakan Jelajah Antirasuah Mara X Rasuah Busters ini merupakan kesinambungan siri jelajah yang sudah diadakan sejak tahun 2022.

“Untuk kali ini sebuah kesinambungan yang saya sifatkan sebagai struktur kerjasama yang amat tersusun di mana pada hari ini (Isnin), bermulalah siri satu daripada empat siri untuk tahun 2024 ini di beberapa buah MRSM yang terlibat bersama dengan pelajar dan warga mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Fauzi (dua dari kiri) bersama kepimpinan Amar UPSI turut membantu menjayakan Jelajah Antirasuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di MRSM Kuala Kubu Baru.
Fauzi (dua dari kiri) bersama kepimpinan Amar UPSI turut membantu menjayakan Jelajah Antirasuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di MRSM Kuala Kubu Baru.

Terdahulu, beliau dan sekretariat Rasuah Busters mengadakan kunjungan hormat terhadap pengurusan MRSM Kuala Kubu Bharu.

Sebagai siri permulaan, satu siri kempen ceramah antirasuah kepada 600 pelajar MRSM tersebut turut diadakan.

Tambah Nurhayati, kerjasama pihaknya dan Mara itu merupakan usaha berterusan untuk pemerkasaan pelajar sebagai inisiatif membentuk pemimpin masa hadapan yang antirasuah dan memiliki tahap integriti yang tinggi.

“Inisiatif ini juga bagi memastikan pelajar bersiap siaga berhadapan dengan dunia yang mencabar, serta risiko yang boleh dielakkan setelah kita wujudkan kesedaran antirasuah kepada mereka.

Artikel Berkaitan:

“Seperti mana yang kita sebut melentur buluh biarlah dari rebungnya, nilai itu perlu diperkukuhkan agar anak-anak yang bersih ini mampu membentengi diri dari apa sahaja anasir jahat, bermula sekarang,” ujar beliau.

Pelajar MRSM Kuala Kubu Baru mendengar ceramah antirasuah yang disampaikan.
Pelajar MRSM Kuala Kubu Baru mendengar ceramah antirasuah yang disampaikan.

Jelasnya, siri jelajah itu juga bermatlamat mewujudkan Malaysia yang lebih baik dengan pendekatan menolak rasuah dan memperteguh integriti.

“Dengan pelajar sebagai ejen perubahan, saya lihat kesemua mereka ini bakal menjaga dan mencorakkan masa depan negara pada satu masa nanti,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Unit Integriti Mara, Ahmad Sofi Abdullah berkata, program jelajah kali ini diadakan pada skala yang lebih besar berbanding siri jelajah sebelum ini.

“Kali ini siri jelajah melibatkan lebih banyak MRSM, bermula di MRSM Kuala Kubu Bharu, seterusnya di MRSM Sungai Besar dan MRSM Bagan Datuk, Perak.

“Kemudian kita akan sambung jelajah pada bulan Jun 2024 dan berakhir pada 29 September 2024 di MRSM Balik Pulau,” jelasnya.

Ahmad Sofi
Ahmad Sofi

Merumuskan siri jelajah sebelum ini, Ahmad Sofi berkata, ia memberi signifikan yang besar dalam menyemarakkan nilai integriti dan meningkatkan kesedaran berkaitan antirasuah dalam kalangan pelajar.

“Menerusi pendekatan ini timbulnya kesedaran pelajar tentang isu terkait rasuah dan timbul perasan benci terhadap rasuah sekali gus mereka fahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.

“Maksudnya kita tanamkan perkara-perkara ini di peringkat asas kepada pelajar sebagai persediaan sebelum mereka melangkah ke alam universiti dan masuk ke dunia pekerjaan,” katanya.

Nurhayati (dua dari kanan) bersama pihak pengurusan, guru dan staf MRSM Kuala Kubu Baru, memegang plakad Rasuah Busters sebagai tanda sokongan menentang rasuah.
Nurhayati (dua dari kanan) bersama pihak pengurusan, guru dan staf MRSM Kuala Kubu Baru, memegang plakad Rasuah Busters sebagai tanda sokongan menentang rasuah.

Dalam pada itu, mahasiswa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turut terlibat bagi membantu menjayakan siri jelajah itu di MRSM tersebut.

Menurut Timbalan Presiden Angkatan Mahasiswa Antirasuah (Amar), Fauzi Basri, 22, mereka terpanggil untuk turut serta kerana menyifatkan program tersebut sebagai satu alternatif kebersamaan dalam membantu kempen antirasuah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!