X

Kindly register in order to view this article
!

Wang tunai perlu ada dalam dompet walaupun guna e-dompet

A
A

MULAI semalam, rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas yang berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun boleh menebus RM30 melalui program e-Tunai Rakyat.

Nilai wang tersebut boleh ditebus bagi sesiapa yang menggunakan aplikasi e-dompet terpilih iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go eWallet.

Program e-Tunai Rakyat adalah sebahagian daripada langkah Belanjawan 2020 yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan pada 11 Oktober 2019 yang akan memberi manfaat kepada 15 juta rakyat Malaysia.

Merak Jalanan yang menjadi pengguna tegar aplikasi ini menyokong insentif kerajaan kerana ia dapat menggalakkan lagi transaksi tanpa tunai di kalangan rakyat negara ini.

Berdasarkan pengalaman sendiri, banyak kelebihan menggunakan aplikasi tanpa tunai kerana semuanya berada di hujung jari tanpa perlu ke mesin pengeluaran wang (ATM) untuk mengambil duit.

Malah, terdapat banyak ganjaran pulangan tunai dan promosi yang ditawarkan sekiranya pengguna aktif menggunakan transaksi tanpa tunai untuk membuat bayaran di kedai terpilih.

Cumanya sebagai pengguna kita perlu mempunyai 'back up' wang tunai jika 'server down' di kedai ketika hendak membuat bayaran atau telefon bimbit kita menghadapi masalah.

Seperti yang terjadi kepada Merak Jalanan semalam ketika hendak membeli ayam goreng di sebuah restoran.

Oleh kerana transaksi sebelum ini berjalan lancar dan tanpa sebarang masalah, Merak Jalanan tidak semak dahulu tunai di dalam dompet dan terus membuat tempahan makanan.

Apabila tiba waktu untuk membuat bayaran, e-dompet tidak dapat digunakan kerana masalah sistem. Ayam sudah tersedia tetapi tidak dapat dijamah kerana bayaran perlu dilunaskan.

Di tempat yang sama, ada yang mengalami nasib serupa.Semaju mana pun, cara tradisional masih berguna!


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!